h1

Suara Orang Minyak Kepada Rakyat Malaysia

June 22, 2008

Suara Orang Minyak adalah seorang kakitangan PETRONAS. Laman ini tidak ada kena mengena dengan pengurusan PETRONAS dan hasil inisiatif saya sebagai rakyat Malaysia. Saya boleh dihubungi di emel samsudin.mohamad@gmail.com

Saya terpanggil untuk memulakan laman ini semata-mata untuk menyebarkan maklumat yang betul mengenai PETRONAS dan isu kenaikan harga minyak, memandangkan terlampau banyak salah faham dan manipulasi akhir-akhir ini. Ia lahir dari kekecewaan melihat isu ini dimanipulasi oleh pihak berkepentingan dan dengan tidak semena-mena PETRONAS pun diheret sama dalam polemik ini; sedangkan kami pekerja-pekerja PETRONAS saban hari bekerja demi kepentingan negara dan rakyat di ceruk semua benua di dunia ini. Lebih menyedihkan sehingga ada seruan dan kempen untuk memboikot PETRONAS, tanpa rakyat menyedari kesannya kepada negara.

Harapan saya dengan penjelasan dan jawapan tidak rasmi kakitangan PETRONAS di laman ini, mesej yang tepat akan lebih dipercayai rakyat agar kita tidak terburu-buru menuding jari dan menuntut tindakan yang implikasinya besar kepada rakyat dan negara.

Saya memohon jasa baik pembaca dan seluruh rakyat Malaysia untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang ada dari laman ini seluas yang mungkin. Saya juga mengalu-alukan soalan yang ikhlas dari teman-teman di luar sana mengenai pelbagai kemusykilan mengenai isu ini (selagi ia tidak bertentangan dengan terma dan syarat khidmat kami dengan PETRONAS terutamanya yang bersabit maklumat sulit perniagaan), agar dapat dijawab tanpa ada pertimbangan politik atau partisan.

Kita sebagai warga PETRONAS faham aspirasi dan pengorbanan yang dibuat oleh kakitangan PETRONAS – dari Tan Sri Presiden sehinggalah kakitangan bukan eksekutif dan sokongan. Adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan organisasi yang dibina sejak sekian lama oleh mereka yang mendahului kita, agar dapat kita wariskan kepada mereka selepas kita dalam keadaan yang lebih baik semasa kita menerima amanah tersebut pada awal kerjaya kita. Oleh itu, saya mohon kerjasama semua untuk sama-sama menjawab pelbagai tuduhan terhadap PETRONAS di sini – jika ada email atau blog yang mempersoalkan atau mengelirukan, harap dapat disiarkan di sini dengan jawapan balasnya sekali.

————————————————————

Suara Orang Minyak is an employee of PETRONAS. This blog is in no way connected nor sanctioned by the management of PETRONAS and is purely my own initiatve as a citizen of Malaysia. I can be contacted at my email samsudin.mohamad@gmail.com

I felt compelled to start this blog purely with the intention to get the right information about PETRONAS and the fuel price hike across to the people, since there has been too many instances of misunderstanding and manipulation of the issues lately. This stems from my own disappointment that the fuel price hike issue has been manipulated by many interested parties which inadvertently (or with intent) caused PETRONAS to be unfairly criticised. While PETRONAS is on the firing line, we the employees continue to work extra hours and in harsh conditions all over the world. Worse, there has even been irresponsible calls by ill-informed and opportunistic parties to boycott PETRONAS, without the general public truly understanding the effect of such boycotts on the country.

My hope is with unofficial explanation and answers by PETRONAS’ employees on this blog, the right and credible information can clear the air and increase people’s understanding of the issue, so that we are not hasty in pointing fingers and demanding an array of actions that may have big implications to the people and country.

I ask for everyone’s kindness and co-operation to spread the information published on this blog to as many people as possible. I also welcome genuine and sincere questions from everyone out there on anything related to PETRONAS and fuel price hike (so long it is not against the terms and conditions of our employment especially on confidentiality of information), so that we can provide the answers based on pure facts and reality (without any political or partisan considerations).

We as the employees of PETRONAS understand the aspiration and sacrifices made by the people in PETRONAS – all the way from Tan Sri Presiden to the non-executive and support staffs. It is then our responsibility to defend this organisation which many before us had toiled to pass it in such a good condition to us, so that we too can pass it in an even better condition to the people after us. Therefore, I ask for your co-operation to collectively answer all wild and inaccurate allegations against PETRONAS here – if you come across emails or blogs which unfairly questioned PETRONAS or mislead the public, I would appreciate if the emails or articles can be forwarded together with our answers for publication here.

4 comments

  1. Brother, banyak orang minyak. Banyak orang tak tahu hal minyak cakap halminyak contoh nya seperti si itu si ini, Ada yang jamin harga minyak akan turun bawah kelenjar mereka pun ada. Satu soalan tuan, kita sama sama tahu hal minyak, QUESTION IS< mana kecekapan anda untuk bidding price 2 tahun lagi?_2. Kenapa Shell yang sedikit orang nya mampu jadi raja minyak di Petronas. 3.Kami dah kena berhenti kerja dulu, bila lagi turn executive lain nak di berhentikan semata mata kerna dengan cakap Shell. 4. Dah baca cadangan saya, agak rendah bahasa nya, tapi direct to the face, cadangan NAK HIDUP, kerana asas hidup sekarang ni adalah minyak..http://kgmelayumajidee.wordpress.com/2008/06/23/malaysia-oil/ 5. Jangan lah kita tunjuk hero kita jaga lubang minyak, sedangkan lanun di depan pintu adalah sedara mara kita jugak, dan sedih nya, MEREKA DIAM tepuk tangan sebab harga minyak naik. DEAL minyak bukan sikit kan? BUT THE GAP yang akan berlaku nanti, antara kaya dan miskin terus berlaku. < By the way, those yang tak ada experience dalam minyak, YES< PLEASE avoid this area, Khairy ke, Pak Lah ke, SO..PETRONAS yang dah bercabang kita bangunkan sama sama dulu tu, terbukti gagal kerana ..mengikut arus politik orang yang tak tau untung di pilih bercakap kat dewan, terketar ketar nak jawab isu semasa hal minyak..AGREE? by the way..Salam. Cheers. Is this comment goind to be published, otherwise, i am wasting my time. KYB


  2. […] June 23, 2008 by Ko Yem Binjai Suara Orang Minyak Kepada Rakyat Malaysia « Suara Orang Minyak […]


  3. […] Suara Orang Minyak Kepada Rakyat Malaysia « Suara Orang Minyak […]


  4. […] on June 30, 2008. Filed under: International Politics | RE VISIT : SOM Kepada Rakyat Malaysia « by SOM ..previous answers revisit : ..Brother, banyak orang minyak. Banyak orang tak tahu hal minyak cakap […]



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: